Skip to main content

COMPETITION RULES




PERATURAN PERTANDINGAN



KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA ATL BAWAH 10,12,15 TAHUN 2019





1.            PERATURAN AM


1.1.           Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan mengikut Undang-undang World Archery (WA) dan Peraturan Pertandingan.

1.2.           Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka Undang-undang World Archery (WA) yang terkini akan dipatuhi.

1.3.           Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :

1.3.1.     Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan kepada PERATURAN PERTANDINGAN   

               KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA ATL BAWAH 15,12,10 TAHUN 2019 dan/atau Keputusan Bersama  Mesyuarat pengurus.


1.3.2     Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada Undang-undang World Archery (WA) dan/atau Peraturan Pertandingan.


1.4.         Sebarang keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan KEJOHANAN   MEMANAH  ATL  Bwh 10, 12 dan 15 tahun 2019 ,  adalah muktamad.


2.            TARIKH PERTANDINGAN


                2.1.         28/11 – 1/12 2019 untuk kesemua kategori  (Bawah 10, Bawah 12& Bawah 15)

(Nota : Tarikh di atas adalah tertakluk kepada perubahan).



3.            TEMPAT PERTANDINGAN

            
3.1.         Pertandingan akan dijalankan di KOMPLEK SUKAN MAJLIS SUKAN NEGARA, TAMAN KERAMAT, KUALA LUMPUR.



4.            KATEGORI UMUR


4.1                  4.1           Bawah 15             -     Semua atlet lelaki dan wanita yang berumur 15 tahun

                                                   Kebawah. (Mengikut tahun kelahiran)



4.2          Bawah 12             -      Semua atlet lelaki dan wanita yang berumur 12 tahun

                                                   ke bawah. (Mengikut tahun kelahiran)



           4.3        Bawah 10             -     Semua atlet lelaki dan wanita yang berumur 10 tahun

                                               ke bawah. (Mengikut tahun kelahiran)



5.            YURAN PENYERTAAN


5.1.         Semua Kategori Umur                    :               RM100.00 seorang
5.3          Pengurus Pasukan / Jurulatih      :               RM 30.00 seorang.




5.4            Tarikh tutup pendaftaran sebelum 30 OKTOBER 2019 .Borang Pendaftaran Pasukan juga hendaklah di e-mel ke alamat ateamlegasy03@gmail.com atau melalui whatsapp sebelum 30/10/2019. 
            
5.5          Semua pasukan hendaklah mengemukakan Borang Pendaftaran Pasukan dan salinan kad pengenalan kepada pihak Jawatankuasa Pengelola semasa hari pendaftaran.


6.            MESYUARAT PENGURUS PASUKAN


6.1.       6.1  Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan pada di Bilik Seminar, Bangunan Utama, dan akan dimaklumkan maklumat tarikh dan waktu di dalam jadual terbaru.

6.2.         Pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan Borang Pendaftaran Pasukan bersama salinan Kad Pengenalan atau salinan dokumen berkaitan untuk pengesahan. Hanya pertukaran nama atlet sahaja yang dibenarkan dan penambahan kepada bilangan atlet yang telah didaftarkan adalah tidak dibenarkan.


6.3.       6.2  Senarai atlet yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan adalah muktamad


7.            ACARA/KATEGORI

7.1.         Acara yang akan dipertandingkan adalah INDIVIDU SAHAJA seperti berikut:


KATEGORI
UMUR
JARAK
TARGET FACE
FORMAT PERTANDINGAN
YURAN
Bawah 10
  • Recurve Men
  • Recurve Women
7-10 tahun
15 Meter
122cm
  • Kelayakan Individu
  • Olympic Round 1/32
RM100.00
Bawah 12
  • Recurve Men
  • Recurve Women
7-12 tahun
30 Meter
122cm
  • Kelayakan Individu
  • Olympic Round 1/32
RM100.00
Bawah 15
  • Recurve Men
  • Recurve Women
12-15 tahun
60 Meter
122cm
  • Kelayakan Individu
  • Olympic Round 1/32
RM100.00


7.2.         Untuk Kelayakan Individu, setiap atlet dikehendaki memanah jarak yang dipertandingkan sebanyak tujuh puluh dua (72) anak panah.

7.3.         Atlet lelaki dan wanita yang mendapat kedudukan #1-32 akan layak ke Olympic Round.


            
8.            PERALATAN PERTANDINGAN


8.1.         Peralatan yang dibenarkan untuk semua peringkat umur (kecuali tambahan untuk 8.2) adalah seperti termaktub dalam Undang-undang WA Book 3. Chapter 11.1.



8.2          Untuk Kategori Bawah 12 tahun dan 10 tahun, pengecualian adalah untuk peralatan berikut:


                8.2.1      Arrow                   -              Jenis Aluminium sahaja dibenarkan.


                8.2.2      Limb                      -              Jenis Fiberglass, Wood sahaja dibenarkan.

      


9.            MASA MELAPORKAN DIRI



9.1.         Setiap pasukan dikehendaki melaporkan diri kapada Ketua Hakim (Chairman of Judges) kejohanan untuk pemeriksaan peralatan pertandingan (Tackle Inspection) pada waktu yang ditetapkan di dalam jadual.



10.          LATIHAN RASMI DAN PEMERIKSAAN ALATAN



                10.1.      Pemeriksaan peralatan akan dijalankan semasa sesi latihan mengikut masa 
                              yang ditetapkan di dalam jadual.


                10.2.      Setiap atlet mesti memakai nombor memanah sepanjang hari pertandingan.



11.          PEGAWAI TEKNIKAL


11.1.      Pihak Jawatankuasa Pengelola Pertandingan akan melantik Ketua Delegat Teknikal, Pegawai-pegawai Teknikal dan Hakim.


11.2.      Hakim hendaklah menghadiri taklimat sebelum sesuatu pertandingan bermula. Maklumat masa/tempat taklimat akan dimaklumkan dari masa ke semasa.



12.          BANTAHAN/TATATERTIB


12.1.      Hanya Pengurus Pasukan/ Jurulatih berdaftar sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus sahaja.)


12.2.      Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukan itu didapati tidak wajar.

12.3.      Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Ketua Delegat Teknikal dalam masa lima belas (15) minit selepas keputusan diumumkan atau selepas kejadian berlaku.


13.          JAWATANKUASA BANTAHAN/TATATERTIB


13.1.      Perlantikan Jawatankuasa Tatatertib dan prosedur aturcara mesyuarat adalah seperti yang digunakan oleh Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia yang terdiri:


               14.1.1.   Pengerusi J/kuasa Pengelola atau wakil

                              

14.1.2.   Pengarah Pertandingan /wakil



             14.1.3.   Delegat Teknikal/ wakil




14.1.4.   Tiga (3) orang Pengurusan Pasukan yang tidak terlibat dalam kes bantahan/tatatertib.



13.2.      Jawatankuasa Bantahan/Tatatertib berhak mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan perkara yang dibincangkan untuk membuat sesuatu keputusan.


13.3.      Jawatankuasa Bantahan/Tataterib akan bersidang dalam masa lima belas  (15) minit setelah menerima laporan daripada Ketua Delegat Teknikal dan membuat keputusan jika tindakan tatatertib perlu diambil.


13.4.      Segala keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Bantahan/Tatatertib adalah muktamad.




14.          GANTI RUGI


14.1.      Jawatankuasa Pengelola Pertandingan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku kepada mana-mana atlet dan pegawai semasa Kejohanan ini berlangsung termasuk perjalanan dari rumah/tempat pertandingan/rumah.



16.          HADIAH-HADIAH


                17.1.      Trofi-trofi akan disediakan seperti berikut :



BIL
KATEGORI
TROFI
      • Kelayakan Individu
      • Olympic Round
EMAS
PERAK
GANGSA
KE-4
1.        
Bawah 10
  • Recurve Men
  • Recurve Women

3
3

3
3

3
3

3
3
2.        
Bawah 12
  • Recurve Men
  • Recurve Women

3
3

3
3

3
3

3
3
3.        
Bawah 15
  • Recurve Men
  • Recurve Women

3
3

3
3

3
3

3
3
JUMLAH TROFI
18
18
18
18

JUMLAH KESELURUHAN
72




17.          HAK JAWATANKUASA PENGANJUR


Jawatankuasa Penganjur adalah berhak untuk meminda/menambah peraturan-peraturan dan jadual pertandingan yang difikirkan perlu. Sebarang keputusan adalah muktamad.

Comments

Popular posts from this blog

Kejohanan Memanah ATL Bwh 15,12 dan 10 Tahun 28 NOV 2019

NO RUJ: ATL/KJ 01.19 TARIKH: 1 Ogos 2019 Kepada sesiapa yang berkenaan, Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera, Tuan/Puan, KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA ATL BAWAH 15, 12 & 10 TAHUN 2019 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Untuk makluman pihak Tuan, ATL Management akan menganjurkan pertandingan memanah pada tarikh dan tempat seperti berikut: Tarikh    :                28 Nov - 1 Disember 2019 (Khamis, Jumaat, Sabtu & Ahad) Tempat :                Kompleks MSN Taman Keramat, Kuala Lumpur.   Sehubungan dengan itu, pihak kami menjemput semua pasukan memanah atau individu untuk menyertai pertandingan ini dan menyemarakkan kelangsungan sukan memanah di Malaysia. Bersama-sama ini dilampirkan borang penyertaan dan maklumat kejohanan untuk perhatian dan tindak...